Wednesday, September 16, 2009


SALAM AIDILFITRI
BUAT SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT

Malam tadi aku berbuka puasa di pejabat sempena perhimpunan bulanan dan juga Majlis Iftar Ramadhan. Dalam majlis tersebut, pihak pengurusan mengundang penceramah terkenal iaiatu Ustaz Zawawi yang selalu keluar di TV9 dalam program Halaqah. Sememangnya ceramah beliau begitu menghiburkan kerana diselang seli dengan video-video yang amat kelakar dan mencuit perasaan. Tujuannya kata ustaz, ceramah di bulan puasa ni merupakan satu cabaran besar sebab semua akan mengantuk dan kelaparan oleh kerana berpuasa. Justeru, selingan video dan iklan menjadi santapan kami.

Walau bagaimanapun, sememangnya ustaz zawawi memang talented dalam arena penceramahan kerana berjaya mebuatkan orang2 yang lentuk, separa lentuk kembali segar mengikuti cerita-cerita menarik beliau. Syabas kepada ustaz zawawi. Tajuk yang beliau sampaikan ialah “Ramadhan Menjana Kecemerlangan Insan” bertepatan dengan bulan mulia bulan Ramadhan Al mubarak ini.

Sepanjang hari berada di office, kami dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang enak dan lazat. Antara menu utama ialah gulai kambing, ikan bakar dan air asam, sayur tempe + sohoon, ayam goreng, sambal sotong dan pencuci mulut seperti buah-buahan dan pemanis mulut lain. Alhamdulillah, sepinggan nasi sudah membuatkan kami kekenyangan.

Selepas menjamu juadah (menu pembukaan iaitu bubur lambuk)...emmmm, sedap sungguh bubur lambuk semalam tu, kami meneruskan agenda sembahyang maghrib berjemaah. Dan meneruskan agenda makan2 menu utama. Setelah selesai makan, agenda seterusnya kami tunaikan.

Sewaktu pulang dari pejabat, ku rasakan ada sesuatu yang berbeza di jalanan dimana aku dapat rasakan bahawa kenderaan seperti kereta dan motor berderu-deru dijalanan seakan ada suatu pesta, tapi dimana ya? Setelah aku menghitung, rupa2nya, ramai orang ingin pulang kekampung agaknya. Begitu juga dengan pusat membeli belah, tak dapat aku bayangkan, semua nya dilimpahi dengan deretan kereta baik yg saiz kecik2 hingga saiz besar2. Disebabkan kereta ku agak besar, daripada berhimpit himpit mencari parking, aku memutuskan untuk balik saja ke rumah. Ahhhh, lega bila balik ke rumah kerana tak perlu bersesak dengan lautan manusia di shopping complex dan juga parking bay.

Begitulah coretan kisah semalam untuk pembaca blog ku.

Tuesday, September 1, 2009

BERITA SCORE A...JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN

Tahun ini ZRB Millionaires CLub (ZRB MC) akan mengadakan majlis "Malam Menggapai Bintang (MMB) 2009" iaitu malam untuk meraikan prestasi2 Rakan Niaga yang hebat (antaranya Rakan Niaga berpendapatan RM10K ke atas, Kelab Elit, Rakan Niaga Pendapatan Tertinggi, Jutawan Baru, dan sebagainya)...pada 31hb October 2009, bertempat di Hotel Marriot Putra Jaya.

Jualan tiket untuk menghadiri MMB 2009 ini sudah mula dibuka!!! Tempat sangat terhad kepada 1000 rakan niaga sahaja. Tiket berharga RM150 seorang (untuk makan malam dan souvenir istimewa).
Thema pakaian (Merah Gold utk Wanita dan Merah/Putih/Gold untuk Lelaki).

Kepada rakan niaga yang ingin bersama2 memeriahkan MMB 2009 ini, sila serahkan nama dan bayaran kepada Leaders masing-masing untuk memastikan anda mendapat tempat pada malam tersebut.. secepat mungkin!!

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama memeriahkan pentas MMB 2009..bukan hanya datang dan menonton kejayaan rakan niaga lain..tetapi sebagai sasaran anda untuk berada di atas pentas untuk diraikan sebagai "Networker yang berjaya!!"..Pendapatan melebihi RM10K?, 20K?, 30K?.....+++??

Target masih boleh dicapai!!! Usaha dan terus Usaha!! Kita telah melihat rekod2 pencapaian lepas telah banyak dipecahkan..Anda pun boleh!! Tidak ada yang mustahil!! Yang penting anda YAKIN dan MAHU mencapainya!! MAHU MESTI MAMPU!!!

TIADA ORANG YANG GAGAL DI DALAM BIZ SCORE A YANG HEBAT INI!! YANG ADA CUMA YANG "GIVE UP" FOR THE LACK OF TRYING!! BIZ INI SANGAT MUDAH..TETAPI RAMAI YANG AMBIL MUDAH!!

YANG MANA TERUJA TO MAKE A COME BACK..LET'S DO IT!! WE CAN ASSIST YOU TO ACHIEVE YOUR TARGET!!..COME AND FOLLOW OUR SIMPLE SYSTEM- BOOM/NDO/TTC/MINI WORKSHOP AND GROUP MEETINGS..IS IT THAT HARD??

Kata SIFU EN AZIZ.."JANGAN BICARA SOAL KEJAYAAN JIKA TIADA ILMU DI MINDA"....80% OF SUCCESS IS BY SHOWING UP!!

Kepada Leaders..pls forward info ini kepada Kumpulan masing-masing!

JOM!! Kita penuhkan pentas MMB 2009 dengan Kumpulan dari MIZA20!!

" If u want something so badly...the whole Universe will conspire to help u!" - Piablo

"Winners Never QUITS and QUITERS never Wins!!"

SCORE A PROGRAM....BERBALOI BALOI..JOM SAMA2

JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK MAHU PELUANG KEEMASAN INI !!
Salam,

Sudahkah anda memberikan kaedah pembelajaran berkonsepkan BOARDING SCHOOL kepada anak/adik anda?...kini dengan SCORE-A, ia boleh dilakukan di rumah anda, di mana sahaja.

Lebih murah dari menghantar anak ke tuisyen. Serendah RM4.70/subjek, merangkumi silibus Darjah 1 hingga Tingkatan 3. Dengan tuisyen, wang yang dikeluarkan amat tinggi - kos minyak, makan, minum, buku. Tapi kita tidak pernah berkira sebab semuanya untuk ANAK. Walaubagaimanapun dapatkan kita pantau progress pembelajaran mereka? Melalui Score A, mereka tidak perlu keluar rumah (Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita tahu di mana mereka dan keselamatan mereka insyaallah terjamin). Sekadar on PC dan mulakan ulangkaji mereka. Samada mereka berfriendster atau berfacebook, tidak menjadi satu permasalahan. Kerana setiap latihan yang dilakukan, akan disms kepada kita melalui sistem yang telah digenerate. Jika tiada sms, bermakna, mereka tidak mengulangkaji. Diulang sekali lagi, Score A merangkumi silibus dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3. Insyaallah, silibus Tingkatan 4 & 5 akan dilancarkan oleh TPM yang juga Menteri Pelajaran tidak lama lagi.

Renunglah kata-kata ini "Didiklah anak-anakmu mengikut zaman mereka". Jadi dunia pendidikan sudah berubah, pembelajaran dan minat anak-anak lebih cenderung menggunakan komputer.

Zaman sekarang, mereka amat TERSEKSA kalau kita minta mereka belajar menggunakan buku, tapi kalau mereka diberikan komputer, tiada seorang pun menolak, waima kanak2 yg berumur 2 tahun sekalipun. Jadi dari mereka membuang masa bermain gameonline, alangkah baiknya kita suruh mereka main Score-A, kerana sistem latihan yang ada di dalamnya adalah bercorak game, ada Hall of Fame...siapa score tertinggi dalam markah dan kepantasan masa menjawab, nama mereka akan tercatat dalam top 100 seluruh Malaysia. Bayangkan anak/adik anda bersaingan bukan sekadar dalam kelas, tapi seluruh Malaysia. Untuk mencubanya, layari www.scorea.com; tekan "online demo!"; masukkan id: 82828.

Anda tidak mahu anak anda ketinggalan dalam pelajaran atau anda mencari PELUANG BISNESS macam saya, bulan ke-2, Jun 2009, hanya dengan PART TIME sahaja, saya memperolehi RM14,000++ sebulan (maklumat terkini: bermula 1 Ramadhan sehingga 6 hari puasa, saya memperolehi RM13,500++) dan anak dapat guna SCORE-A FREE!!...Baca maklumat di bawah

4 Faktor Kejayaan, Ada Pada Bisnes Ini:

1. Syarikat

Online – 24 jam sehari x 365 hari – anywhere, anytime – servis boleh dibawa ke mana-mana & pada bila-bila masa.

Lama tapi Baru – Lama sebab sudah 10 tahun (jadi syarikat kukuh & ada jaminan); Baru sebab baru 3 tahun dalam networking (dalam bisnes networking, tahun ke 3 adalah tahun yang paling sesuai utk join, di mana tahun pertama & tahun kedua merupakan tahun kepayahan, sudah berlalu).

2. Produk

Score A Program merupakan satu-satunya produk Pendidikan di mana pendidikan merupakan Produk Keperluan (semua makbapak nak anak score a, tidak kira dari golongan mana pun), Berkualiti (rujuk testimoni, penghargaan & pengiktirafan oleh 7 MENTERI KABINET), Harga Murah (RM7.10 satu subjek, selepas topup RM4.70), Tidak Bermusim (spt produk sampingan di atas), Anti Kemelesetan Ekonomi (walau pun zaman gawat, makbapak tetap nak anak score a) & Tiada Saingan.

Perniagaan dunia akhirat – kita bagi anak kita dan/atau anak orang lain, jadi pandai.

3. Pelan Pemasaran

“Payout Tinggi” – sbb ini adalah Technology Base Biz, Tiada Kos Fizikal (hanya jual nombor), Modal 1 kali, Untung Banyak Kali (Modal besar semasa develop software, now hanya buat maintenance). Contoh Astro & Biz Kad Prepaid/ Topup (Celcom, Maxis, Digi).

Pasaran sedia ada – terdapat 5 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3; setiap tahun 500 ribu pelajar tahun 1 masuk – pendek kata pasaran sampai bila-bila lah…

4. Kumpulan

Kita di bawah ZRB Millionaires Club, Rangkaian Terbesar & Paling Berjaya di Kenshido/ Score A, Pengasasnya En. Abdul Aziz Samad berjaya mendapat pendapatan RM1.2 juta dalam masa 7 bulan !

Kita ada Sistem, Tidak bergantung kpd kekuatan individu, Sistem kita Praktikal dan Mudah di Duplikasi.

Jadi, dengan 4 kekuatan di atas – tiada sebab kita tidak boleh berjaya !!!

Pengalaman saya dalam business eLearning Score A ni memang tak ternilai, secara umumnya, bukan saya yang hebat tapi business ni memang HEBAT. Semua orang boleh melakukan, dari Jaga UM yg sekarang dah memperolehi RM29,000++ monthly dan Penarik kereta, Bad, umur 22 tahun, memperolehi RM25,000++ sebulan dan kakak ipar saya sendiri yang sememangnya sudah jutawan di dalam kariernya di syarikat Konglomerat Malaysia pun memperolehi pendapatan RM30,000++ sebulan dalam bisnes ini dan saya sendiri untuk bulan Ogos ini, Alhamdulillah sudah mencecah lebih RM13,500++ ..semua orang boleh dapat seperti apa yang kami perolehi.

Amnya, bukan kami yang hebat, tapi Score A ni memang hebat, anda mungkin salah seorang yang boleh mendapat lebih baik daripada kami.

Sekian, saya tak mahu mengambil masa anda terlalu lama, tapi pesan saya, rebutlah peluang ini, jangan tunggu lagi kalau bukan untuk kita, mungkin untuk anak-anak kita supaya score Straight As'

Tuesday, August 25, 2009

Balik Hometown Menyambut Ramadhan


Salam Semua,



Ramadhan kembali lagi. Seperti selalunya, seluruh umat islam di dunia menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana ia merupakan bulan yang dinanti nantikan. 1 Ramadhan bersamaan dengan 22 Ogos 2009 bermulalah hari dimana umat islam berpuasa selama sebulan.

Ramadhan bulan yang mulia diambil kesempatan oleh sebilangan warga kota untuk pulang menziarahi keluarga khusunya ibu bapa di desa nun jauh beribu kilometer. Begitu jua dengan diriku. Aku mengambil kesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini dikampung halamanku di kelantan. Perjalanan ku menuju ke kg mengambil masa selama 7 jam melalui jalan-jalan berliku, menuruni lembah dan menyusuri bukit bukau sepanjang 500km. Semua sedia maklum, perjalanan bermula dari MRR2 menuju ke gombak melalui tol gombak. Lantas terus menuju ke lebuhraya karak sebelum exit ke bandar bentong.

Selepas bentong, perjalananku melalui raub, kuala lipis dan gua musang. Perjalanan merentas kuala lipis dan gua musang adalah perjalanan paling lama ku rasakan lebih-lebih lagi dari gua musang menuju ke kuala krai. Aduhhhh, bila la nak sampai ni. Alhmadulillah, aku bertolak pukul 7 pagi dan tiba di rumah my parent pukul 1.30 pm. Dapat la diriku ni berehat. Meskipun perjalan jauh beribu batu, namun hasratku untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta tetap ku tunaikan. Hari pertama dan kedua berpuasa, aku berbuka di kelantan. Hari ketiga, aku kembali ke kota.





Kali ini aku membawa bersama ibubapa ku untuk bersama-sama meraikan bulan ramadhan dengan anak2 ibubapa ku yg lain. Aku mempunyai keluarga yang besar dan majoriti nya menetap di Kuala Lumpur. Begitulah coretan perjalanan ku menyambut ramadhan kali ini.

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN


TIADA HARI SEINDAH JUMAAT
TIADA KATA SEINDAH ZIKIR
TIADA IBADAH SEINDAH SOLAT
DAN TIADA BULAN SEINDAH RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ILAHI.

Thursday, August 20, 2009

Hari Jumaat Yang Mendamaikan


Potret kenangan sewaktu menjamu selera di waktu pagi di bukit tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Sungguh indah dan sungguh nyaman udara di waktu pagi. Perjalanan ke Sana bersama jiran-jiran tetangga adalah suatu pengalaman yang amat menyeronokkan dan menggamit kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Menggunakan pesawat Airasia yang mengambil masa hanya 1 jam lebih amat berbaloi dengan pakej sebanyak RM840 untuk 4 hari 3 malam. Perjalanan kami di Padang/Bukit TInggi di uruskan oleh Bapak Budi yang sunnguh petah bercerita sejarah tanah Jawa lebih-lebih lagi tentang masyarakat Minangkabau.

Actually banyak pengalaman manis nak diceritakan tetapi masa tidak mengizinkan. Nanti kite sambung dalam next episod.

Knowledge Sharing - 5S


What is 5S?Mungkin ramai dah tahu apa maksud di sebalik 5S. 5S merupakan satu amalan masyarakat Jepun dan diperluaskan amalan ini ke negara-negara lain seperti Thai, Korea, China, India termasuklah Malaysia. 5S yang dimaksudkan ialah SEIRI (SISIH), SEITON (SUSUN), SEISO (SAPU), SEIKETSU (SERAGAM) dan SHITSUKE (SENTIASA AMAL).

Amalan ini amat penting kepada sesebuah organisasi kerana ia merupakan satu rutin harian yang dilakukan oleh semua orang baik di pejabat mahupun di rumah. Bermula dari amalan pengisihan dimana barang-barang yang tidak perlu akan diasingkan. Barang-barang disini bermaksud segala peralatan termasuk dokumen, fail, alatulis dan juga pelbagai barangan lain termasuk milik peribadi.

Barang-barang yg menjadi keperluan perlu disusun mengikut priority, dan barang-barang yg tidak perlu harus di nyahkan. Keseragaman dalam membuat susunan juga adalah satu amalan murni dimana ia membolehkan kite mendapatkan sesuatu barang dengan mudah dan cepat. Apabila amalan-amalan itu telah disempurnakan, maka ia haruslah dipraktikkan setiap masa malah perlu menjadi rutin harian walau dimana jua kite berada.

Semoga sedikit maklumat dan informasi yang ringkas ini dapat memberi panduan dan pedoman untuk kita praktikkan dimasa hadapan.

Sekian.

Wednesday, August 19, 2009


Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba, sebagai pedoman dan panduan semua, saya sertakan adab-adab berpuasa untuk kebaikan dan manfaat bersama mudah-mudahan puasa kite kali ini mendapat keberkatan ilahi malah lebih baik dan afdhal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

ADAB-adab BERPUASA

Puasa merupakan ibadah termulia, ibadah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengingat puasa Ramadan itu adalah untuk Dia, dan Dia lah yang akan menilainya.
Puasa dikatakan dapat menghapus dosa apabila dilakukan dengan cara yang disyariatkan dan beradab sebagaimana mestinya. Diantara adab berpuasa itu adalah :
1. Berniat yang baik dan benar;
2. Sahur walau hanya dengan seteguk air;
3. Mengakhirkan waktu sahur;
4. Tidak berlebih-lebihan makan/minum ketika sahur;
5. Menjaga anggota tubuh saat berpuasa;
6. Menahan diri dan tidak bertindak ceroboh / bodoh;
7. Tidak berkata buruk / cabul dsb;
8. Memelihara lisan; tidak lalai;
9. Memperbanyak amal kebajikan;
10. Mempercepat berbuka begitu masuk waktu Maghrib;
11. Memakan makanan ringan ketika berbuka seperti kurma, susu, air; baru makan berat usai salat Maghrib;
12. Tidak makan/minum berlebihan saat berbuka;
13. Membaca doa saat berbuka;
14. Memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa;
15. Tidak boleh puasa terus menerus tanpa berbuka (puasa wishal);
16. Menjauhkan diri dari segala yang merusak nilai puasa;
17. Betakwa kepada Allah swt.

Wow....Really Fast and Unexpected One


Salam semua,

Mengimbau kisah semalam....tatkala sedang mencipta blog ku, aku telah menerima sms dari agens insurans yang hebat....mengatakan bahawa claim insurans yang kawan aku submit last 2 weeks dah lulus dan cek telah ready for collection. I was informed my friend on the news and he is really happy. I think this is the highest amount received by my sub-client. Why i said my sub-client coz aku ni sub-agent. Its really great moment for my friend since that next week umat islam akan menyambut Ramadhan. So that, duit tu bole la dibuat persiapan untuk membeli baju raya dan keperluan hari raya yang lain.

You all tau how much dia dapat? RM8,000 ++ U KNOW. Wow......good news ni. Duit tu dia claim anak dia buat operation kat private clinic di HUKM. aND he deserved to get it kerana dia ambil polisi insurans pun untuk cover medical expenses. His policy was prepared by agents to suit his parent's needs. So, berbaloi kan. Polisi yang dia ambil ni lebih kepada medical cover dan daily hospital allowance yang anak kawan aku dapat ni pun banyak iaitu RM400 DAILY. Just imagine, lets say anak dia stay in the hospital for 4 days due to operation, automatically anak dia akan dapat RM1600 belum campur lagi dengan elaun operation dan lain-lain cost incurred. Best kan?

So, kawan-kawan yang mana belum ambil lagi polisi insurans, this is the best time for u to think what is the best for you and family as well as the best for your future life. Nobody can expect what is happening in the near future. So, please do not hesitate to write in my blog okay.

Best regards.

Hari Ini...dan seterusnya

Rutin harianku seperti biasa.....tiada bezanya dari hari-hari yang berlalu. Cuma hari ini agak berbeza kerana ini adalah kali pertama aku membina atau mencipta blog aku sendiri. Jika sebelum ini aku hanya menjadi pembaca setia 'my box of chocolate', abg adie's blog as well as my other friends. Sebenarnya bukan lah niat ku untuk mencipta blog sendiri, namun atas ilham dan dorongan kawan-kawan, maka aku luangkan sedikit waktu untuk mencipta sejarah pada hari ini.

Dengan terciptanya blog ini, maka ia merupakan satu cara hidup baru untuk aku melontarkan buah fikiran dan segala coretan hidup sebagai kenangan peribadi dan juga sebagai wadah untuk kawan-kawan .

Aku rasa,cukuplah sekadar disini kerana aku bukanlah pujangga yang puitis untuk menghasilkan nukilan yang indah dan gah seperti ishan. Aku ibarat jagung muda yang masih hijau di alam blogging ini. Mudah-mudahan, coretan ku yang akan datang akan memberikan sesuatu yang boleh memberi kebaikan dan kebahagian buat diriku dan orang-orang disekitarku.

Sekian, wassalam.