Tuesday, August 25, 2009

Balik Hometown Menyambut Ramadhan


Salam Semua,



Ramadhan kembali lagi. Seperti selalunya, seluruh umat islam di dunia menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana ia merupakan bulan yang dinanti nantikan. 1 Ramadhan bersamaan dengan 22 Ogos 2009 bermulalah hari dimana umat islam berpuasa selama sebulan.

Ramadhan bulan yang mulia diambil kesempatan oleh sebilangan warga kota untuk pulang menziarahi keluarga khusunya ibu bapa di desa nun jauh beribu kilometer. Begitu jua dengan diriku. Aku mengambil kesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini dikampung halamanku di kelantan. Perjalanan ku menuju ke kg mengambil masa selama 7 jam melalui jalan-jalan berliku, menuruni lembah dan menyusuri bukit bukau sepanjang 500km. Semua sedia maklum, perjalanan bermula dari MRR2 menuju ke gombak melalui tol gombak. Lantas terus menuju ke lebuhraya karak sebelum exit ke bandar bentong.

Selepas bentong, perjalananku melalui raub, kuala lipis dan gua musang. Perjalanan merentas kuala lipis dan gua musang adalah perjalanan paling lama ku rasakan lebih-lebih lagi dari gua musang menuju ke kuala krai. Aduhhhh, bila la nak sampai ni. Alhmadulillah, aku bertolak pukul 7 pagi dan tiba di rumah my parent pukul 1.30 pm. Dapat la diriku ni berehat. Meskipun perjalan jauh beribu batu, namun hasratku untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta tetap ku tunaikan. Hari pertama dan kedua berpuasa, aku berbuka di kelantan. Hari ketiga, aku kembali ke kota.





Kali ini aku membawa bersama ibubapa ku untuk bersama-sama meraikan bulan ramadhan dengan anak2 ibubapa ku yg lain. Aku mempunyai keluarga yang besar dan majoriti nya menetap di Kuala Lumpur. Begitulah coretan perjalanan ku menyambut ramadhan kali ini.

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN


TIADA HARI SEINDAH JUMAAT
TIADA KATA SEINDAH ZIKIR
TIADA IBADAH SEINDAH SOLAT
DAN TIADA BULAN SEINDAH RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ILAHI.

Thursday, August 20, 2009

Hari Jumaat Yang Mendamaikan


Potret kenangan sewaktu menjamu selera di waktu pagi di bukit tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Sungguh indah dan sungguh nyaman udara di waktu pagi. Perjalanan ke Sana bersama jiran-jiran tetangga adalah suatu pengalaman yang amat menyeronokkan dan menggamit kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Menggunakan pesawat Airasia yang mengambil masa hanya 1 jam lebih amat berbaloi dengan pakej sebanyak RM840 untuk 4 hari 3 malam. Perjalanan kami di Padang/Bukit TInggi di uruskan oleh Bapak Budi yang sunnguh petah bercerita sejarah tanah Jawa lebih-lebih lagi tentang masyarakat Minangkabau.

Actually banyak pengalaman manis nak diceritakan tetapi masa tidak mengizinkan. Nanti kite sambung dalam next episod.

Knowledge Sharing - 5S


What is 5S?Mungkin ramai dah tahu apa maksud di sebalik 5S. 5S merupakan satu amalan masyarakat Jepun dan diperluaskan amalan ini ke negara-negara lain seperti Thai, Korea, China, India termasuklah Malaysia. 5S yang dimaksudkan ialah SEIRI (SISIH), SEITON (SUSUN), SEISO (SAPU), SEIKETSU (SERAGAM) dan SHITSUKE (SENTIASA AMAL).

Amalan ini amat penting kepada sesebuah organisasi kerana ia merupakan satu rutin harian yang dilakukan oleh semua orang baik di pejabat mahupun di rumah. Bermula dari amalan pengisihan dimana barang-barang yang tidak perlu akan diasingkan. Barang-barang disini bermaksud segala peralatan termasuk dokumen, fail, alatulis dan juga pelbagai barangan lain termasuk milik peribadi.

Barang-barang yg menjadi keperluan perlu disusun mengikut priority, dan barang-barang yg tidak perlu harus di nyahkan. Keseragaman dalam membuat susunan juga adalah satu amalan murni dimana ia membolehkan kite mendapatkan sesuatu barang dengan mudah dan cepat. Apabila amalan-amalan itu telah disempurnakan, maka ia haruslah dipraktikkan setiap masa malah perlu menjadi rutin harian walau dimana jua kite berada.

Semoga sedikit maklumat dan informasi yang ringkas ini dapat memberi panduan dan pedoman untuk kita praktikkan dimasa hadapan.

Sekian.

Wednesday, August 19, 2009


Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba, sebagai pedoman dan panduan semua, saya sertakan adab-adab berpuasa untuk kebaikan dan manfaat bersama mudah-mudahan puasa kite kali ini mendapat keberkatan ilahi malah lebih baik dan afdhal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

ADAB-adab BERPUASA

Puasa merupakan ibadah termulia, ibadah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengingat puasa Ramadan itu adalah untuk Dia, dan Dia lah yang akan menilainya.
Puasa dikatakan dapat menghapus dosa apabila dilakukan dengan cara yang disyariatkan dan beradab sebagaimana mestinya. Diantara adab berpuasa itu adalah :
1. Berniat yang baik dan benar;
2. Sahur walau hanya dengan seteguk air;
3. Mengakhirkan waktu sahur;
4. Tidak berlebih-lebihan makan/minum ketika sahur;
5. Menjaga anggota tubuh saat berpuasa;
6. Menahan diri dan tidak bertindak ceroboh / bodoh;
7. Tidak berkata buruk / cabul dsb;
8. Memelihara lisan; tidak lalai;
9. Memperbanyak amal kebajikan;
10. Mempercepat berbuka begitu masuk waktu Maghrib;
11. Memakan makanan ringan ketika berbuka seperti kurma, susu, air; baru makan berat usai salat Maghrib;
12. Tidak makan/minum berlebihan saat berbuka;
13. Membaca doa saat berbuka;
14. Memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa;
15. Tidak boleh puasa terus menerus tanpa berbuka (puasa wishal);
16. Menjauhkan diri dari segala yang merusak nilai puasa;
17. Betakwa kepada Allah swt.

Wow....Really Fast and Unexpected One


Salam semua,

Mengimbau kisah semalam....tatkala sedang mencipta blog ku, aku telah menerima sms dari agens insurans yang hebat....mengatakan bahawa claim insurans yang kawan aku submit last 2 weeks dah lulus dan cek telah ready for collection. I was informed my friend on the news and he is really happy. I think this is the highest amount received by my sub-client. Why i said my sub-client coz aku ni sub-agent. Its really great moment for my friend since that next week umat islam akan menyambut Ramadhan. So that, duit tu bole la dibuat persiapan untuk membeli baju raya dan keperluan hari raya yang lain.

You all tau how much dia dapat? RM8,000 ++ U KNOW. Wow......good news ni. Duit tu dia claim anak dia buat operation kat private clinic di HUKM. aND he deserved to get it kerana dia ambil polisi insurans pun untuk cover medical expenses. His policy was prepared by agents to suit his parent's needs. So, berbaloi kan. Polisi yang dia ambil ni lebih kepada medical cover dan daily hospital allowance yang anak kawan aku dapat ni pun banyak iaitu RM400 DAILY. Just imagine, lets say anak dia stay in the hospital for 4 days due to operation, automatically anak dia akan dapat RM1600 belum campur lagi dengan elaun operation dan lain-lain cost incurred. Best kan?

So, kawan-kawan yang mana belum ambil lagi polisi insurans, this is the best time for u to think what is the best for you and family as well as the best for your future life. Nobody can expect what is happening in the near future. So, please do not hesitate to write in my blog okay.

Best regards.

Hari Ini...dan seterusnya

Rutin harianku seperti biasa.....tiada bezanya dari hari-hari yang berlalu. Cuma hari ini agak berbeza kerana ini adalah kali pertama aku membina atau mencipta blog aku sendiri. Jika sebelum ini aku hanya menjadi pembaca setia 'my box of chocolate', abg adie's blog as well as my other friends. Sebenarnya bukan lah niat ku untuk mencipta blog sendiri, namun atas ilham dan dorongan kawan-kawan, maka aku luangkan sedikit waktu untuk mencipta sejarah pada hari ini.

Dengan terciptanya blog ini, maka ia merupakan satu cara hidup baru untuk aku melontarkan buah fikiran dan segala coretan hidup sebagai kenangan peribadi dan juga sebagai wadah untuk kawan-kawan .

Aku rasa,cukuplah sekadar disini kerana aku bukanlah pujangga yang puitis untuk menghasilkan nukilan yang indah dan gah seperti ishan. Aku ibarat jagung muda yang masih hijau di alam blogging ini. Mudah-mudahan, coretan ku yang akan datang akan memberikan sesuatu yang boleh memberi kebaikan dan kebahagian buat diriku dan orang-orang disekitarku.

Sekian, wassalam.