Wednesday, August 19, 2009

Hari Ini...dan seterusnya

Rutin harianku seperti biasa.....tiada bezanya dari hari-hari yang berlalu. Cuma hari ini agak berbeza kerana ini adalah kali pertama aku membina atau mencipta blog aku sendiri. Jika sebelum ini aku hanya menjadi pembaca setia 'my box of chocolate', abg adie's blog as well as my other friends. Sebenarnya bukan lah niat ku untuk mencipta blog sendiri, namun atas ilham dan dorongan kawan-kawan, maka aku luangkan sedikit waktu untuk mencipta sejarah pada hari ini.

Dengan terciptanya blog ini, maka ia merupakan satu cara hidup baru untuk aku melontarkan buah fikiran dan segala coretan hidup sebagai kenangan peribadi dan juga sebagai wadah untuk kawan-kawan .

Aku rasa,cukuplah sekadar disini kerana aku bukanlah pujangga yang puitis untuk menghasilkan nukilan yang indah dan gah seperti ishan. Aku ibarat jagung muda yang masih hijau di alam blogging ini. Mudah-mudahan, coretan ku yang akan datang akan memberikan sesuatu yang boleh memberi kebaikan dan kebahagian buat diriku dan orang-orang disekitarku.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment