Tuesday, August 25, 2009

Balik Hometown Menyambut Ramadhan


Salam Semua,



Ramadhan kembali lagi. Seperti selalunya, seluruh umat islam di dunia menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana ia merupakan bulan yang dinanti nantikan. 1 Ramadhan bersamaan dengan 22 Ogos 2009 bermulalah hari dimana umat islam berpuasa selama sebulan.

Ramadhan bulan yang mulia diambil kesempatan oleh sebilangan warga kota untuk pulang menziarahi keluarga khusunya ibu bapa di desa nun jauh beribu kilometer. Begitu jua dengan diriku. Aku mengambil kesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini dikampung halamanku di kelantan. Perjalanan ku menuju ke kg mengambil masa selama 7 jam melalui jalan-jalan berliku, menuruni lembah dan menyusuri bukit bukau sepanjang 500km. Semua sedia maklum, perjalanan bermula dari MRR2 menuju ke gombak melalui tol gombak. Lantas terus menuju ke lebuhraya karak sebelum exit ke bandar bentong.

Selepas bentong, perjalananku melalui raub, kuala lipis dan gua musang. Perjalanan merentas kuala lipis dan gua musang adalah perjalanan paling lama ku rasakan lebih-lebih lagi dari gua musang menuju ke kuala krai. Aduhhhh, bila la nak sampai ni. Alhmadulillah, aku bertolak pukul 7 pagi dan tiba di rumah my parent pukul 1.30 pm. Dapat la diriku ni berehat. Meskipun perjalan jauh beribu batu, namun hasratku untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta tetap ku tunaikan. Hari pertama dan kedua berpuasa, aku berbuka di kelantan. Hari ketiga, aku kembali ke kota.





Kali ini aku membawa bersama ibubapa ku untuk bersama-sama meraikan bulan ramadhan dengan anak2 ibubapa ku yg lain. Aku mempunyai keluarga yang besar dan majoriti nya menetap di Kuala Lumpur. Begitulah coretan perjalanan ku menyambut ramadhan kali ini.

3 comments:

  1. Selamat Berpuasa....lama dah tak gi umah ko! :)

    ReplyDelete
  2. tu lah ko...dtg laaaa...tringat dulu masa ko dtg umah aku kena paksa makan....time puasa ke time tu ek? eh, ur sis buat biskut raya tak thn ni? let me know k

    ReplyDelete
  3. ok, sila aturkan....aku boley bukak pose sana weekend ni (dengan tak malunya, aku suruh..hahaha). Let me know kalau "sudi".

    yes, do contact my sis a.s.a.p. rasanya dia dah call salha aritu..kan?

    ReplyDelete