Thursday, August 20, 2009

Knowledge Sharing - 5S


What is 5S?Mungkin ramai dah tahu apa maksud di sebalik 5S. 5S merupakan satu amalan masyarakat Jepun dan diperluaskan amalan ini ke negara-negara lain seperti Thai, Korea, China, India termasuklah Malaysia. 5S yang dimaksudkan ialah SEIRI (SISIH), SEITON (SUSUN), SEISO (SAPU), SEIKETSU (SERAGAM) dan SHITSUKE (SENTIASA AMAL).

Amalan ini amat penting kepada sesebuah organisasi kerana ia merupakan satu rutin harian yang dilakukan oleh semua orang baik di pejabat mahupun di rumah. Bermula dari amalan pengisihan dimana barang-barang yang tidak perlu akan diasingkan. Barang-barang disini bermaksud segala peralatan termasuk dokumen, fail, alatulis dan juga pelbagai barangan lain termasuk milik peribadi.

Barang-barang yg menjadi keperluan perlu disusun mengikut priority, dan barang-barang yg tidak perlu harus di nyahkan. Keseragaman dalam membuat susunan juga adalah satu amalan murni dimana ia membolehkan kite mendapatkan sesuatu barang dengan mudah dan cepat. Apabila amalan-amalan itu telah disempurnakan, maka ia haruslah dipraktikkan setiap masa malah perlu menjadi rutin harian walau dimana jua kite berada.

Semoga sedikit maklumat dan informasi yang ringkas ini dapat memberi panduan dan pedoman untuk kita praktikkan dimasa hadapan.

Sekian.

4 comments:

  1. Salam. Wah, dah berblog ya skrg ni. Manthop manthop! Tahniah krn dah bergelar blogger! Nak challenge Kak Mary ke ni? Emmm, amboi Kak Mary, ngata Ish hangat2 tahi ayam ye...wat blog separuh jalan...huhuhu! Ish bkn apa akak oi, kan skrg ni RAKYAT perlu DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN perlu DIUTAMAKAN....jadinya Ish mmg dah takde masa dah utk berblog mcm akak dan konco2 akak tu. Mesti hangpa semua takde byk keje atau takde keje langsung kan sampai boleh 24 jam mengadap blog je. Mmg betoi la kan kata org2 marhaen mcm Ish ni - "Pegawai besaq2 ni masuk lambat balik awai....masuk keja dok tidog, celik2 mata buat blog"! Kuang kuang kuang....jgn mrh noo!

    Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua group G9 - Abg Fendi, Kak Mary, Kak Silia, Che Mat, Kathy, Ferra, dan saya sendiri ISHAN QURESHI MEHMOOD. Buat dua org lagi anggota G9, Kak Sithra & Abg Jaya dikecualikan drpd ucapan Salam Ramadhan ini krn tidak berpuasa....hehehe!

    Salam dari kejauhan,
    ISHAN QURESHI MEHMOOD, New Delhi, India.

    ReplyDelete
  2. amboi..mulut takde insurans no...kau tukar tempat dgn tempat akak skrg ni..susah oo akak nak lari..takde penganti ni...

    blog ni antara cara utk akak release tension tau...hari2 balik kul 9 mlm..mana tahan ish..muka abang kau pun dah bengkok semacam tu...waaa!!!!

    apa-apahal pun...kau bila nak dtg berbuka kat umah akak ni..

    sori fendi..blog kau dah jadi mcm email pulak..
    tapi aku nak komen sikit pasal 5S tu..aku ni tang menyusun dokumen lama tu..hancus sikit...semua aku rasa bukan lama...cam mana tu

    ReplyDelete
  3. hai ishan,...tq banyak2 kerana sudi menjengah laman blog tak seberapa ni...kalau ishan dan mary berblog...memang tak bole lawan laaaa. saya ni tahap amatur lagi. Amboi...ishan, kutuk sakan noooo. Kami ni antara insan2 yg amat efisyen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Kami tahu membezakan antara waktu kerja dan waktu berblog tau.

    Rajin2 la menulis kat sini yerk.

    ReplyDelete
  4. mary....tu la ishan tu...dok mengata org...dulu dia berblog sakan tak ingat. skrg mentang2 tak tulis blog, kata org takde kerja plak.

    kalau ko kata nak jadi mcm email pun ok jugak...tmpt luahkan perasaan pun ok juger. No problem. We share and we solve it here.

    ReplyDelete