Wednesday, September 16, 2009


SALAM AIDILFITRI
BUAT SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT

Malam tadi aku berbuka puasa di pejabat sempena perhimpunan bulanan dan juga Majlis Iftar Ramadhan. Dalam majlis tersebut, pihak pengurusan mengundang penceramah terkenal iaiatu Ustaz Zawawi yang selalu keluar di TV9 dalam program Halaqah. Sememangnya ceramah beliau begitu menghiburkan kerana diselang seli dengan video-video yang amat kelakar dan mencuit perasaan. Tujuannya kata ustaz, ceramah di bulan puasa ni merupakan satu cabaran besar sebab semua akan mengantuk dan kelaparan oleh kerana berpuasa. Justeru, selingan video dan iklan menjadi santapan kami.

Walau bagaimanapun, sememangnya ustaz zawawi memang talented dalam arena penceramahan kerana berjaya mebuatkan orang2 yang lentuk, separa lentuk kembali segar mengikuti cerita-cerita menarik beliau. Syabas kepada ustaz zawawi. Tajuk yang beliau sampaikan ialah “Ramadhan Menjana Kecemerlangan Insan” bertepatan dengan bulan mulia bulan Ramadhan Al mubarak ini.

Sepanjang hari berada di office, kami dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang enak dan lazat. Antara menu utama ialah gulai kambing, ikan bakar dan air asam, sayur tempe + sohoon, ayam goreng, sambal sotong dan pencuci mulut seperti buah-buahan dan pemanis mulut lain. Alhamdulillah, sepinggan nasi sudah membuatkan kami kekenyangan.

Selepas menjamu juadah (menu pembukaan iaitu bubur lambuk)...emmmm, sedap sungguh bubur lambuk semalam tu, kami meneruskan agenda sembahyang maghrib berjemaah. Dan meneruskan agenda makan2 menu utama. Setelah selesai makan, agenda seterusnya kami tunaikan.

Sewaktu pulang dari pejabat, ku rasakan ada sesuatu yang berbeza di jalanan dimana aku dapat rasakan bahawa kenderaan seperti kereta dan motor berderu-deru dijalanan seakan ada suatu pesta, tapi dimana ya? Setelah aku menghitung, rupa2nya, ramai orang ingin pulang kekampung agaknya. Begitu juga dengan pusat membeli belah, tak dapat aku bayangkan, semua nya dilimpahi dengan deretan kereta baik yg saiz kecik2 hingga saiz besar2. Disebabkan kereta ku agak besar, daripada berhimpit himpit mencari parking, aku memutuskan untuk balik saja ke rumah. Ahhhh, lega bila balik ke rumah kerana tak perlu bersesak dengan lautan manusia di shopping complex dan juga parking bay.

Begitulah coretan kisah semalam untuk pembaca blog ku.

2 comments:

  1. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
  2. untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

    harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

    terima kasih

    ReplyDelete